>

Ku sangka terang benderang dan ceria hingga ke akhir, rupanya mendung datang menjenguk juga, hehehe. Setelah 5 hari bersama Mak n Pak mertua, hari ini agak lebih mencabar dan menggugat emosi saya dan Suami saya. Bukan setakat menantu ‘mithali’ saje yang terasa geram sedikit, tapi anak ‘mithali’ itu pun terasa sedikit geram. Nasib baik cuma tinggal 2 malam saje lagi mereka di sini, jadi tak kan sempatlah gunung berapi nak meletup🙂. Kalau cuti mereka lebih panjang dari 6 hari, saya rasa agak susah untuk saya menunjukkan muka manis dan ceria hari2, hahaha… Susah lah saya nak kekalkan kejelitaan awet muda saya jika hari2 muka saya ini terpaksa berkerut menahan geram kan ;-)….

Saya dan Suami tidak tahu mengapa Mak mertua tiba2 sahaja sedikit ‘pendiam’ hari ini, seperti ada yang tidak menyenangkan hati nya. Sungguh mengherankan saya dan Suami saya. Pagi tadi, seperti biasa, saya yang memasak breakfast untuk semua orang sebab Suami dan anak2 meminta pancakes untuk sarapan pagi. Mak mertua saya pun seperti biasa hanya keluar bilik selepas sarapan siap dimasak jadi tidak mungkin lah dia terasa hati sebab itu kan, hmmm…. Kemudian semua orang memuji pancakes yang saya masak tu termasuk lah Pak mertua sekali, mungkinkah dia terasa hati sebab seolah2 saya menunjuk2 akan kebolehan saya memasak? Takkan lah saya tak nak masak yang sedap2 untuk anak2 saya dan Suami saya semata2 tak nak bagi Mak mertua saya terasa hati. Atau mungkin dia tidak cukup tidur kot malam tadi di sebabkan mee kari yang saya masak tu….Arghhh, tak paham.. tak paham….!!!

Oh ye, baru saya perasan, sepanjang Mak mertua berada di sini, belum sekali pun dia memuji masakan saya atau mengucapkan terima kasih kerana saya memasak sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Seolah2 dia tidak suka masakan yang saya masak😦. Sebenarnya, Mak mertua saya rasanya teramatlah jarangnya memuji masakan saya selama ini. Pak mertua saya mengucapkan terima kasih dan memuji selepas setiap kali habis makan, mungkin kah itu yang membuatkan Mak mertua saya terasa? Tadi saya pergi ke rumah kawan untuk minum petang dan kawan saya berkata kepada Mak mertua yang saya ni pandai masak macam2 dan sedap2 belaka, sedikit pun Mak mertua saya tidak mengangguk kan kepalanya menyetujui kenyataan itu. Suami saya yang selalunya tidak peka benda2 seperti ini pun tadi perasan yang Mak dia buat derk saje kepada kenyataan itu…. Sedih betul saya rasa sebab macam dia tidak menghargai penat lelah saya memasak sepanjang2 dia berada di sini. Pagi tadi pun, selepas sarapan, mereka keluar bergumbira dan saya tinggal di rumah untuk mengemas rumah dan menyiapkan persiapan dinner di dalam slow cooker. Tadi semasa dinner, dia cuba berkata yang sweet potato yang saya masak dalam slow cooker itu sedap tapi sedikit pun dia tidak memuji ayam yang saya masak bersama2 sweet potato itu. Mungkin memang betul seperti yang saya beritau kepada Suami saya, Mak mertua saya tidak suka masakan saya langsung agaknya! Nasib baik lah anak lelakinya aka Suami saya suka segala masakan saya kan, hehehe. Satu lagi yang saya rasa agak terkilan, dulu semasa di Adelaide, jika kami di jemput ke rumah mereka untuk dinner dan Suami atau saya tidak menolong di dapur, Mak mertua saya akan bermasam muka. Tetapi, bila mereka di sini, boleh pulak nya mereka tidak kisah jika mereka tidak menolong langsung di dapur! Saya tak kisah jika mereka tidak menolong di dapur langsung tetapi jangan lah jadi hipokrit, di rumah sana lain, di rumah sini lain. Itu yang saya rasa betul2 tak aci kan, hehehe….

Satu lagi perangai Mak mertua saya yang cukup kami tidak suka ialah sifatnya yang suka mendisiplinkan The Little Misses even sebelum sempat kami mendisiplinkan The Little Misses. Sebagai contohnya, jika Miss 5 sedikit nakal, sebelum sempat kami marah Miss 5, Mak mertua akan terlebih dahulu marah Miss 5. Kami tak kisah dia marah The Little Misses jika memang betul2 perlu dan kami tiada di situ. Tetapi yang kami geram nya, kami ada di depan mata dan kami memang pun sudah sedia untuk memarahi The Little Misses jika mereka nakal tapi Mak mertua akan sentiasa memberikan ‘ceramah’ dahulu sebelum kami! Sehinggakan Suami saya selalu terpaksa memberikan ‘ceramah’ sedikit kepada Mak nya supaya ‘chill out’ dan membiarkan kami yang marah The Little Misses. Suami dan saya rasa anak2 kami ni tidak lah senakal mana jika di banding kan dengan ramai lagi anak2 orang lain. Bukan kami saje yang rasa anak2 kami ni selalunya bersopan santun dan berbudi bahasa, kawan2 dan rakan2 kami yang lain pun bersetuju dengan kami. Mungkin Mak mertua saya rasa yang dia dah lama makan garam jadi dia lebih tahu segalanya dan ingin semua orang tau yang dia tau segalanya! Saya ingat dia sudah tidak membuat perangai begini lagi, tapi betapalah silapnya saya sebab semalam dan hari ini, sudah beberapa kali saya mendengar dan melihat dia melarang Miss 5 dari membuat sesuatu di depan mata saya sebelum sempat saya membuka mulut!!! Tetapi, disebabkan saya ni menantu mithali, saya tak lah kata apa2 kepada Mak mertua, saya biarkan dia sahaja… Mak saya sendiri pun tak buat macam ni tau!!!!

Suami saya menyuruh saya cancel cuti saya esok dan pergi kerja sebab dia sudah dapat merasai yang jika saya ikut bersama2 mereka berjalan2 esok, gunung berapi di dalam hati saya ini akan meletup, hehehe… Sebab gunung berapi di dalam hatinya pun dah ingin meletup jugak sebenarnya. Ada lagi banyak benda sebenarnya yang menggeramkan perasaan tetapi biarlah saya memendam nya dalam hati, hehehe…..

Takpe, mereka akan balik semula ke Adelaide hari Selasa ini dan saya akan kembali ceria seperti tiada apa2 yang telah berlaku🙂. Tak guna saya fikir panjang2 pun, bukannya saya berjumpa mereka tiap2 minggu, cuma setahun sekali paling kerap pun. Let them be……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: