Hari ke 5 puasa and I still buat kuih lagi for buka tadi, caya betul lah, hahahaha… Hari ni macam hangat2 perasaan aje nak buat kuih, kejap rasa macam so motivated nak buat kuih macam2 (especially tadi masa at work). Tapi bila dah balik rumah, rasa malas betul nak angkat bontot dari depan pc nak belek2 recipe. But then bila pandang muka Miss 10 and bila dia tanya buat kuih apa for iftar, terus teruja balik nak buat kuih, hehehehe…

And since dah teruja, terus teruja sampai buat 3 jenis kuih you! Alah, tapi bukannya buat banyak pun, setakat 1 piring each untuk menjamu selera sebelum dinner tadi.

DSCF6903

Our kuih muih for the 5th day of fasting, lopes segera, paratha puffs and goreng keledek. Lopes tu I guna resipi Kak-e yang teramat lah simple nya. Guna microwave aje untuk masak pulut tu. For us, dah cukup sedap lah but for the traditionalist, maybe they would be outraged sebab tak kukus and tak tanak the pulut, hehehe… Takde masa wehh nak me nanak pulut (actually bukan setakat takde masa, tak gheti pun sebenar benar nya🙂). Paratha puffs tu I guna inti kentang, peas and daging but guna roti paratha frozen tu as the kulit. The Other Half and The Little Misses lagi suka kulit yang guna roti paratha ni but I still like the old kulit karipap. Then keledek goreng tu sebab I yang teringin nak makan. The Other Half pegi tabur chicken salt and makan dengan sos tomato keledek goreng tu! Dia kata lebih kurang macam makan potato chips aje kan, tu yang dia makan dgn tomato sauce! Hisshhh, hehehe… (memang tak boleh bawak majlis betul lah ;-)).

DSCF6905

Our dinner pulaknya, fettucine bolognaise. The Little Misses dah tak larat nak makan by dinner time sebab dah kenyang makan kuih muih, hehehe…

Psst… esok malam & Friday nite we all berbuka bertiga aje sebab The Other Half kena pergi Sydney. Apa ye yang best untuk I masak and melantak sorang2 masa berbukawhile he’s away? Dalam kepala I dah terbayang macam2 nak makan ni sebenarnya tapi bila terfikir yang I jugak kena masak, terus hilang ke ‘excited’ an tu, hahahaha….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: