Orang lain bila dah nak dekat raya, makin rajin masak, makin rajin buat kuih muih, makin rajin kemas rumah. I cuma makin rajin belek buku resipi tengok resipi biskut and cakes apa yang sedap and best untuk di buat untuk dihidangkan masa raya nanti🙂. Belek aje pun, bukan nya buat, hehehe…. Nak masak untuk Iftar pun dah betul2 takde mood. Rasa macam nak beli takeaway aje untuk Iftar for the next few days ni sebab memang dah takde idea yang cun2 nak masak apa. Kalau lah I sorang aje yang puasa, memang lah I akan masak maggi aje hari2 sebab itu yang paling senang!🙂 Tapi mengenangkan budak dua orang tu yang bersungguh2 puasa, tak sampai hati pulaknya nak bagi diaorang makan maggi hari2, hehehe. Malas2 pun kenalah jugak buat kuih for Iftar sebab hari2 Miss 10 akan tanya I kuih apa yang I masak untuk Iftar.

Like tonite, I cuma buat pikelets as our kuih and hot dogs as the main meal. Memang makanan yang sangat simple but at least they ate it dengan senang hati🙂. I hope my masak2 mood will come back before Sabtu ni, or else memang takde lauk pauk apa2 lah nanti masa Raya, haru nanti😉. I said to The Other Half the other day, “Let’s cook something different this Raya. Instead of the usual rendang, acar, kuah kacang, lodeh n nasi impit for Raya, let’s cook Western dishes!” Then dia kata, “But you won’t feel like Raya if there’s no rendang or nasi impit! I’m only thinking of you.” Betul jugak apa yang The Other Half cakap tu, kalau takde rendang and nasi impit di pagi Raya, sure I tak terasa macam Raya nanti kan. Tak best lah kan kalau takde Raya feelings ni🙂.

Since I malas nak masak, mood nak ambik gambar pun takde, hahaha. But speaking of ambik gambar makanan, I’ll be going to a food photography seminar in November. It’s only a 2 hour seminar given by this food photographer. Mana lah tau kan, I can get some tips and inspiration on how to make my dinner looks more tempting and appetising on my blog. Ye lah kan, bukan senang nak bagi orang drools over our food ni🙂. Dah ada DSLR, bila lagi kan nak gunakannya dengan sebaik2 mungkin, hehehe…

And since takde gambar food, I just gantung aje kad2 raya yang tercicir nak ambik hari tu. Jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kad raya yang cantik2 ni pada teman2 bloggers termasuklah I, hehe.

kadraya2009-3AS                            kadraya2009-asNZ

Kad Raya dr Zuera kat Penang                               Kad Raya dari As kat New Zealand

kadraya2009-ayu s'pore               kadraya2009-cikmin

Kad Raya dr Ayu kat Singapore                        Kad Raya dari Cik Min kat Pahang

kadraya2009-kakain                 kadraya2009-tulip

Kad Raya dr Kak Ain kat KL                           Kad Raya dr Tulip kat Ireland

kadraya2009-noorma        kadraya2009-waheedeana

Kad Raya dr Noorma kat Arab Saudi                      Kad Raya dari Ana kat Johor

kadraya2009-hunny

Kad Raya dr Hunny kat Selangor

kadraya2009-zura              kadraya2009-kakinaKL

Kad Raya dr Zura kat Johor                                          Kad Raya dr Kak Ina kat KL

kadraya2009-azieazah

Kad Raya dr Azieazah yang baru di kenali

I sekarang ni tengah mengajar The Little Misses nyanyi lagu Raya Saloma tapi tak tau lah dapt ke tak diaorang nyanyi. Sebab baru I perasan yang Saloma nyanyi lagu tu sikit nya laju ke, so sikitnya susah and payah ke my kids nak ikut and nak terkejar2, hahahaha….. Sian betul The Little Misses kena paksa, wakakakaka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: