Seperti yang dijanjikan, malam ni I buat tayangan amal kuih Raya but beware ye sebab my kuih Raya tak secantik yang jual kat kedai tu, hehehe… Tahun ni I rasa malas sungguh nak hias cantik2 my cookies, as long as they look presentable and edible cukuplah for me. Ini excuse orang malas lah kiranya😉. Bilalah agaknya I ni nak jadi rajin ye, hmmmmm……

Anyway, so tadi I buatlah sessi photography for my kuih Raya. Nasib baik lah I cuma buat 6 jenis kuih aje you, kalau I buat sampai 12 jenis, mau agaknya sampai tengah malam karang masih tak siap2 sessi photography tu! I ingat nak buat petang tadi so the lighting will be au naturel with the sunlight. But since mendung aje tadi and I was so busy gi window shopping petang tadi, tak sempat lah nak ambik gambar. Terpaksalah tadi I pergi keliling rumah (alah, kat dalam rumah aje pun and bukannya besar mana pun rumah I, hahaha) cari lokasi yang sesuai and cahaya yang sesuai untuk buat sessi terunggul ni😉. But I had to make do with cahaya lampu aje lah and rumah yang bersepah ni, hehehe….

Layan lah gambar kuih muih I ni ye!🙂. Sorry yek, I tak ambik order sebab Raya dah nak dekat so surenya tak sempat nak buat untuk you all, wehehehehehe…….😛

DSCF7016

This are my Florentine cookies. Sepatutnya sapu dengan dark chocolate on the back but since The Little Misses lagi suka milk chocolate, I pun bantai lah sapu milk chocolate so rupa dia tak cantik sangat lah sebab tak nampa contrast.

DSCF7019

Ini pulak my triple choc cookies but terlebih butter so dia leper mengembang aje, wahahahaha…..

DSCF7029

My suji cookies. First time I buat ni! Seronok sangat sebab menjadi and baru lah I tau bukannya susah buat dia, hehehe…

DSCF7033

My tart nenas yang rupa dia memang tak cun langsung! First time I guna acuan tembaga yang tekan pakai ibu jari tu. Ibu jari I dah lah cenonet aje so bila I tekan, dia tak keluar cantik lah. But rasa tetap ada🙂.

DSCF7040

My cornflakes n choc chip cookies. Saiz dia memang saiz cookies mat saleh, besar2 aje…

DSCF7047

Ini pulak kuih gunting I. Mula2 I guna pasta maker untuk gelek dia and shape kan dia bentuk fettucine. Pastu I tinggal gunting aje when the dough comes out.  But then halfway tengah I syok2 membuat nya, it got stuck. Tak tau lah kenapa tetiba tak boleh pusing langsung. Siap I tonggeng kan dia, bersih kan dia, korek2 dia nak make sure takde benda yang meng ‘jammed’ kan dia, still tak boleh pusing. Pastu I tension, I suruh The Other Half buang kat dasar laut (drama queen aje I ni, I suruh dia buang masuk rubbish bin aje!🙂). Then terpaksa lah I menggunting dough tu, terus dapat macam2 rupa kuih gunting I, hehehehe….

So, abislah sudah tayangan amal I malam ni. Ini aje lah kuih Raya I tahun ni, tak kuasa I nak membuat lagi, hehehe. Hari esok or Sabtu nanti tinggal buat kek aje…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: