Wedding part 3 and haircuts

I sebenarnya tak tau whether I should still continue dengan cerita wedding part 3 or tukar cerita baru sebab banyak gak cerita baru+lama yang I boleh ceritakan. But takpelah, I think I’ll sambung dengan cerita and gambar kahwin for this entry and then esok2 baru sambung cerita pasal our time in M’sia lah.

I nak cerita about the flower girl dresses. When I got to M’sia, baju tu still tak letak zip or hooks lagi because I was so overly busy with everything masa kat Perth. The I pun asked my Mak to tanya this tailor yang dia kenal whether she’s willing to jahitkan zip or hooks on the dresses. My Mak explained kat tailor tu yang I belajar menjahit tapi tak habis so tu yang tak belajar macam mana nak jahit zip, wakakakaka. Lantak lah apa2 pun explanation nya🙂. Nasib baik lah bukan musim Raya so the tailor tak lah busy sangat and could do them in such a short notice. I hantar hari Rabu, hari Jumaat malam dah siap. Punyalah suka hati I bila tengok all the dresses dah siap ber zip, rasa nak peluk cium aje the tailor, hehehe. Pastu, Sabtu pagi tu dengan senang lenang nya lah I jahit flowers and jahit sash😀. And then, on the wedding day baru we all cubakan the dresses on all the girls, nasib baik lah tak besar sangat and tak kecik sangat for any of them, hehehehe… But I think setakat ini aje kot my career as a flower girl dressmaker, tak sanggup I! (so there goes my secret, hehehehe😉). But I really love the head dress yang My sister buat tu, I think it made the dress makin lagi cantik🙂. But I tak tau lah apa yang tetamu2 kat wedding tu thought about when they saw the girls in the dresses, hehehe…

And then about the cupcakes pulak. Dah tengah hari Sabtu tu while I was talking with my ipar, suddenly I teringat yang I tak buat lagi the cupcakes for the meja makan beradap. Wahhhh, kelam kabut lah I buat masa tu jugak, hikhikhikhik. Memang betul2 lah I ni so absent minded sometimes but at least teringat jugak lah I untuk buat cupcakes tu on time you! I made 5 adunan cupcakes sebab terpaksalah kan bagi sedara mara merasa jugak🙂. Then, I malas nak buat ganache so I beli aje choc spread untuk jadi topping and then tabur deco aje on top of them. Memang lah bukan cupcakes made by a pro kan, hehehehe. At least it was sedap lah😀.

Pastu, pagi Ahad tu I memang sangat2 nak ambil gambar all the lauk pauk kahwin but since I was so sibuk decorating the cupcakes pagi2 tu, by the time I teringat nak ambil gambar, dah ramai guests yang datang. So, since I ni gadis pemalu, tak sanggup lah I nak keluar tertonggeng2 ambil gambar depan ramai orang tu! I should have taken the photos masa dah petang and dah lengang, tapi masa tu I dah penat teramat pulaknya, so takde lah gambar lauk pauk kahwin jawa yang sedap itu😦.

Now, layan aje lah ye some more photos of the wedding days.

DSCF7743

See I told you, diaorang ni memang rajin, hikhikhikhik…

IMG_0476

Hari tu I tunjuk meja melapah lembu, ini pulak meja melapah ayam.

IMG_0479

Ini khemah area memasak. Ada 8 tungku diaorang guna so we all kena sediakan 8 tong gas for them. Dulu masa my sister kahwin 6 years ago, diaorang still guna kayu api untuk masak masa kenduri kahwin ni but I guess it’s easier with gas…

IMG_0502

Some of the rewang people tengah makan breakfast yang disediakan oleh tuan rumah i.e. my Mak and her adik beradik and anak beranak (including me :-)).

IMG_0514

During their tea break, berborak2 sambil menikmati teh tarik, hehehe..

IMG_0566

Bapak sedara yang kahwin tapi anak2 sedara yang sibuk nak berinai🙂.

IMG_0598

Me with my Along and my adik ipar n The Little Misses with hteir cousins.

IMG_0613

Ini group penanggah cum penyambut tetamu on the woman’s side. Diaorang memang ada group sendiri and they did everything like refilling all the lauk pauk, nasi, air, lap meja etc on Sunday tu.

IMG_0669

My adik ipar kata I sebijik rupa cikgu tadika masa concert tadika leading the kids on stage. wakakakaka…..

IMG_0739

See I told you my Abah tertidur kat meja makan masa berborak2 dengan his guests, hehehe

IMG_0744

Then, petang tu lepas all the guests dah beransur balik, we all sambut birthday party my Mak and her twin which was on the same day as the wedding. The cake was from Secret Recipe, chocolate indulgence. For me the taste was ok lah but The Other Half kata tersangat lah sedapnya, hehehehehe….

Then malam tu pulak, we had upacara mengambil gambar satu keluarga. Punyalah susah nya nak dapat 1 family berkumpul ramai2 macam ni. During the wedding tadi memang tak sempat nak ambil gamabr sebab everyone was everywhere busy with everything so bila malam dah selesai majlis, baru lah boleh ambil gambar family. Tu yang semua pakai baju t shirt sememeh aje, hehehehe. And don’t ask berapa banyak gambar we all ambik just to make sure everyone was looking at the camera especially the kids!

IMG_0788

Kena guna panoramic view next time kalau dah bertambah lagi ahli keluarga, hahahahaha…

And the haircuts pulak… jeng jeng jeng…..

Gambar terbaru The Little Misses with their new hair cuts🙂

IMG_0826

IMG_0824

Miss 10 memang suka rambut pendek so I suruh dia buat style elfin sebab it suits her face. Miss 6 pulak beria2 mintak nak ada fringe so I dengan berat hati bawak dia gi potong rambut. Now, she’s happy because her hair is much shorter and she’s got her fringe! So, I don’t have to keep on tying her hair sebab asik jatuh kat muka aje🙂

My Mak cakap muka Miss 6 sekarang macam muka Ugly Betty masa dah cantik, wehehehehehe…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: