Preview:School uniforms :-)

Selepas meronda 2 Big Ws and 1 K Mart tadi, baru lah jumpa the maroon skorts for The Little Misses. But still tak jumpa maroon colored hats for Miss 10. Dulu masa nak cari black pants for the old school pun macam tu jugak, kaler lain ada tapi kaler black pulak susah nak jumpa yang cantik2 and sedap di pakai. And now, kaler maroon pula yang susah nak jumpa, hehehe. The Little Misses were so excited to try their new school uniforms on. Ye lah kan, memang lain betul dengan sekolah yang dulu, hahahaha…

DSCF7807

Ini lah maroon skorts yang susah nak dicari tu. Rupa dia macam skirt tapi sebenarnya shorts so senang lah diaorang ni nak duduk bersila nanti, hehehe. Ish ish, anak I yang kecik tu, memang nampak sangat dah chubby dia sekarang, hehehe. I rasa saiz pinggang dia dah sama dengan Miss 10 kot😀. Kejap lagi memang dah sahih dia boleh pakai knickers Miss 10, wakakaka. Hopefully once dia dah start sekolah, she’ll slim down a bit lah sebab sure penat kan bermain2 kat sekolah tu. Macam mana lah tak chubby, everytime dia tengok tummy dia flat, dia kata dia lapar sebab tu tummy dia flat. I had to explain to her the other day yang tak semestinya flat tummy=lapar. If ikut logic dia, maksudnya semua orang yang fat (including her Daddy) memang tak pernah lapar lah kan, hehehe… And kakak and Mummy dia tu sentiasa lapar lah sepatutnya kan sebab our tummies are flat, hahaha….😉.

And ini pulak gambar pokok halia yang we all semai dari fresh halia. Orang tanya I bawak masuk pokok halia and pokok kunyit ke dari Malaysia tu. Kalau lah you all tahu betapa ketatnya Australian Customs ni and betapa lah I takutnya kena tangkap sebab tak nak kena black listed, hehehe. My Mak dulu ajar, dia kata tanam halia and tanam kunyit ni teramatlah senang nya. Cuma cari aje fresh halia and fresh kunyit kat kedai mana2 and then bury it in the soil aka tanam sampai kambus dalam tanah. Pastu, siram hari2 and tunggu lah sampai dia keluar pucuk and akar lagi. I guna self-watering pots so air yang berlebih tu akan keluar and tak bertakung dlm tanah tu and then bila tanaman tu dah besar sikit, kita tinggal letak air kat the hole aje pastu the roots will absorb the water themselves. Kiranya kunyit and halia ni kan akar so memang senang lah nak tanam. Tapi since tanam kat negara yang bermusim ni, kadang2 it’ll take a long time for the shoots to come up. So, memang kena sabar lah menunggu. Kalau nak tanam, tanam masa Spring, bila dah takde frost on the ground.

DSCF7801

Kat Perth ni senang nak cari fresh ginger and fresh turmeric, kat Woolies and Coles pun kadang2 you boleh jumpa tapi yang sahihnya, kat kedai Asians memang berlambak2 lah. Cuma mahal iskitlah fresh kunyit ni, around $23/kg but bukannya you nak guna banyak pun untuk tanam, around 100g max. Halia murah, around $8-10/kg. Tapi yang susah nya kat Perth ni nak cari fresh daun kunyit. Kalau yang frozen tu berlambak2 lah, tu yg I tanam kunyit tu, untuk daun nya bukan untuk kunyit nya sangat🙂. I wish I boleh cari pokok pandan kat sini sebab I nak sangat2 tanam pandan. Daun pandan frozen yang di jual kat kedai Asian tu semua nya dah di cantas akarnya so tak boleh lah nak cuba tanam.

Kalau ada sape2 yang ada pokok pandan gemuk2 kat belakang rumah diaorang, bagitau lah kat I ye. Boleh I buat muka tak malu and mintak sikit. And one more, sape2 yang ada pokok kari gemuk2 tu dengan anak2 nya, sedekah2 lah ke I jugak, hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: