>Shopping done in an hour?

>

Pagi tadi I betul2 macam lipas kudung, dapat buat shopping kat Coles, the vege shop, the butcher and then Woolies all within one hour, that’s the driving to and from home all included! Punyalah terer, hahahaha. Nak buat macam mana kan, kereta cuma ada satu aje and The Other Half nak guna kereta hari ni sebab dia nak bawak Miss very-soon-to-be 11 to work with him (takkan dia nak bawak budak tu naik basikal kot, hikhikhik). So, dia tak nak lah pergi kerja lambat sangat tu yang I kena buat everything in 1 hour. Nasib baik lah the supermarkets and the shops are opened at 8 so tu yang pagi2 lagi I dah bershopping.

I terpaksa bershopping sebab sayur dalam fridge tu dah tinggal yg layu2 aje, kentang dah tak tinggal sebijik pun, our hazelnut coffee flavouring pun dah habis (yang ini mesti kena sentiasa ada stock for coffee lovers like us), susu dah habis and ayam dah takde langsung, ish ish ish😉. Rumah Mat Saleh kan mana boleh hidup tanpa kentang and susu Cik Kiah weh, hehehehe. And since Miss 6 masih tak 100% lagi, I malas lah nak bawak dia merata2 gi the shops sebab nanti jangkit pulak kat orang lain kan. So, tu yang I buat express shopping while she’s at home with The Other Half.

Tapi yang sedihnya bila buat express shopping ni, kenalah I buat tunnel vision tadi. Tak toleh dah ke kiri or ke kanan langsung. Menonong aje tuju and capai benda yang dalam list. Memang rasa bukan macam shopping lah kiranya! Tak sempat langsung I nak jalan lemah gemalai kat satu2 aisle tu sambil membelek2 the products yang berkenan di mata and berkenan kat pocket. I tak sempat langsung tengok all the ‘special’ tags or the ‘reduced to clear’ tags! Kalau lah setiap masa I kena buat express shopping ni, maunya hilang terus my shopping skills!!! Muahahaha. Window shopping ni kan teramatlah therapeutic nya😀.

So, for dinner tadi I pun masak lah ayam and kentang and sayur🙂.

IMG_2575

See, ada ayam, kentang and sayur! Kiranya berbaloi lah I buat express shopping pagi tadi tu kan ;-D.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: