>Mari Menganyam ;-)

>

Dah sahih lah kan bila I menulis N3 dalam bahasa melayu, mesti ada sebab musabab nya kan, hikhikhik…. Pastu, tak boleh tulis dalam bahasa melayu baku, kena tulis bahasa rojak2 so Pakcik Google manyak susah hati nak terjemah ke BI. Memang menantu hantu mithali betul I ni, muahahahahaha….

Tadi Pakcik Posmen singgah rumah hantar surat. Salah satu surat yang diterima dek I adalah kad ucapan dari Pak n Mak mentua. Torkojut sekejap sebab begitu cepat dpt kad dari diaorang, terus terasa tersangatlah tidak dihargai, hehehehe… Tapi I malas nak bukak sebab konon2nya nak tunggu sampai hari yang betul baru bukak. Tapi Anak dia pulak yang sibuk2 suruh I bukak sebab dia kata macam ada benda lain dalam sampul surat tu.

Bila I bukak aje, terus lah ternampak ‘gift kad’ dalam tu. Gift kad ni kiranya ganti duit lah, instead of dia bagi kita duit, dia bagi kita kad ni jadi kita boleh beli apa2 yang kita nak sehinggalah ke had kad itu.

Bila kitaorang nampak tulisan amount: …………., terbeliak biji mata kami berdua. Sungguh lah tak di sangka2….

Kalau anda pandai, cuba teka berapa dollars yang tertullis di kad itu?

I bagi you all clue ye…

-Mak n Pak mentua I ni dua2 masih lagi bekerja and banyak jugak lah gaji diaorang…

-Mak mentua I baru aje beli basikal racing yang harga dia sepuluh ribu dollars.

-Pak mentua I pulak baru aje beli set keretapi mainan yg canggih habis harga dia lebih kurang seribu dollars +

-Mereka berdua takde tanggungan lagi, takde anak2 yg masih bersekolah atau kat uni.

-I sorang saje lah menantu hantu mithali diaorang, takde dua takde tiga (sebab laki I tu lah sorang2 anak diaorang pastu rasanya diaorang dah tutup kilang kot, hikhikhik).

-I berjaya mengeluarkan dua cucu yang agak2 kiut untuk mereka belai2 dan manja2kan bila berjumpa (muahahaha, nak termuntah kejap).

-Tahun ni besday I yang ke 40 (ya saya tau saya dah tua, hahahaha) and untuk Mat Saleh, 40 ni kira besday yang agak2 grand lah (tak tau lah pasal apa).

-masa besday MIL yang ke-60 2 tahun lepas, we all bagi dia duit instead of gift kad, value nya lima ratus dollars saje (anak dan menantu diaorang memang kedekut miskin, hahahaha).

Jadi rasa2nya lah kan, berapa lah value kad itu? Cuba teka, kalau pandai, hehehehehe….

Esok malam I bagi jawapan nya ye!

Sementara anda semua pening kepala memikirkan jawpan untuk tekak teki poyo ini, jemputlah makan nasi lemak bungkus.

Kat belakang rumah I takde pokok pisang, jadi terpaksalah bungkus dengan kertas waxed aje. Jadi lah kan😉.

(I nak cari spray esen daun pisang lah, next time I nak buat nasi lemak, I spray aje kertas tu dengan esen ni. Voila! terus terasa macam makan nasi kat daun pisang! wakakakaka.)

IMG_3877

Nasi lemak paling sempoi sebab tuan dia malas nak buat ayam goreng, hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: