>Puasa lambat tapi raya nak cepat boleh?

>

I thought finally, masjid2 kat Perth bersatu hati and mula puasa on the same day. Unfortunately, that wasn’t the case, ada yang dah start puasa hari ni and ada yang akan mula puasa esok (macam we all lah🙂). I ingat nak pergi masjid Rockingham Raya nanti tapi tadi baru Rus bagi tau yang Rockingham dah start puasa hari ni instead of esok. So, kalau diaorang puasa cuma 29 hari and Raya on Thursday, tak kan lah I nak pergi beraya on Thursday kan sebab tak kan nak puasa 28 hari aje, hehehe…. So, kena cancel lah beraya kat situ nampak gayanya😦. (Ciss…puasa belum lagi, dah sibuk2 fikir pasal raya, muahahahaha).

Finally, tadi sempat pergi beli medjool dates untuk berbuka and bersahur esok. Got it for $10/kg, seronok I, hehehe. We love these dates sebab they are so juicy and fleshy and sweet🙂. Kiranya makan sebiji dah kenyang lah! 😀. Kalau pergi kat kedai middle eastern, bermacam2 jenis kurma diaorang jual especially masa Ramadhan. Kalau lah diaorang start jual kuih muih ala2 pasar Ramadhan, baru lah betul2 best kan, hehehe.

I ingat nak buat kuih koci untuk buka esok but tak nak pakai daun pisang nak membalut nya tu, sebab, dah lah mahal frozen pulak tu bukan fresh. Tapi I tak tau nak bungkus kuih tu dengan apa….hmmmm…. Maybe I just kukus dia bulat2 tanpa pembungkus, pastu curahkan kuah santan atas dia masa tengah panas2 tu. Jadi tak agaknya? Kalau tak jadi kuih koci, I bagi lah dia nama lain kan! Susah apa, hahahaha….

Then I kena buatkan another sweet kuih for Miss 11 sebab dia ni jarang makan kuih yang ‘pelik’. I might make chocolate cake, pastu potong kecik2 and freeze. Bila nak makan, tinggal keluarkan satu-satu and defrost aje kan🙂. She’ll love having ‘instant’ choc cake masa buka and I’ll love it too sebab tak payah susah payah fikir nak masak kuih apa untuk dia🙂.

Our dinner malam ni sempena nak sambut puasa esok, berat lah sikit. I made nasi biryani ayam makan dengan sambal telur, stirfry green beans n cauliflowers and poppadum.

IMG_4725

Biryani paste tu I pakai yang instant dalam botol aje. Sedaplah jugak rasa dia.

IMG_4727

Biryani ala Perth sebab makan dengan sambal telur! hehehehe…….

Esok pagi sahur toasts aje!

P/S disebabkan esok dah kena bangun sahur, I akan bersiaran/update blog lepas subuh lah sepanjang ramadhan ni. Since The Other Half nak keluar rumah pagi2 buta pergi kerja kan, I might as well stay awake jugak lepas subuh tu. And sambil2 tu, boleh lah I mengupdate blog.

P/P/S Makin ramai sedara mara kaum kerabat I yang tau pasal blog I ni, habis lah I! Tak boleh lah I nak berceloteh segala secret kat sini kan, hahahaha…..;-). Memang sahih kena kekal kan blog ni PG and G aje lah😀.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: