>Sila percaya mata anda :-)

>

Malam ni entry emo sikit. I kan dah lama makan hati sebenarnya. Mentang2 lah musim durian kat M’sia sekarang ni ye, kalau I jalan2 gi mana2 blog, mesti tayang gambar tengah makan durian lah, gambar tengah kopek durian lah, gambar tengah beli durian kat gerai tepi jalan lah, gambar bubur kacang letak durian lah, gambar lauk pauk letak tempoyak lah, gambar roti jala makan dengan serawa durian lah. Tapi gambar tengah demam sebab bahana banyak sangat makan durian and gambar kaki luka terpijak kulit durian, tak nak pulak you all tunjuk ye! Muahahahahaha…..

Nyampahsssss I tau! .

You all ingat, cuma bloggers kat M’sia aje ke yang boleh tayang durian berlonggok longgok kat blogs tu?

Blogger kat Perth pun boleh jugak tayang gambar durian ni, jangan jeles tau!😛

26082010016

See, I no lie one! Betul apa mah!

You all teka lah, kat mana agaknya I ambik gambar ni. (Ni kira gambar ala2 Mission Impossible lah sbb tak nak bagi orang kedai tu nampak. Tak pasal2 I kena halau keluar kedai, hehehe. Tu yg gambar pun blurry semacam sbb ambik guna handphone murahan I aje).

Torkojut I semalam masa pergi grocery shopping,masuk aje kat entrance kedai tu, terus nampak buah durian 1 longgok. Confused sekejap I sebab kena fikir whether I kat Perth or tengah mimpi kat M’sia, hikhikhik. Tapi kan, sebab durian ni from frozen stock, memang takde bau durian langsung. Kalau berbau lah, mau pengsan Mat n Minah Saleh yang bershopping kat situ semalam, hahahaha….

The Other Half bila nampak gambar ni, terus cakap, “It looks like the durian costs $697/kg because you can’t see the dot.” Hehehe. Takde lah dia jual longgok macam tu Cik Abang weh kalau rege dia $697/kg, mau ada 2-3 orang pak guards jaga durian dari kena curi, hahahaha😀. Harga dia cuma $6.97 aje per kilogram. Tapi I tak beli pun sebab tak kuasa I nak bawak masuk basket I semalam.

The Then Other Half said, “I want durian for Raya.” Ish! Nampak sgt Mat Saleh nya. Orang lain makan rendang, ketupat, lodeh, sate and biskut Raya masa Raya, dia nak makan durian masa Raya. Memang tak ngam betul lah suggestion dia tu.

Speaking of Raya, I ingat nak buat rumah terbuka Hari Raya ke 2 nanti. Tapi instead of masak lauk pauk Raya, I akan buat theme ‘food that I cooked to empty out the fridge and the freezer and the pantry before the move’ open house. You all  rasa rasa kan, ada tak orang nak datang kalau I buat theme macam tu? hehehehehe……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: