>perbualan antara anak dan bapa

>

Malam ni I nak tulis dalam Bahasa lah. Bukan sebab nak bergossip tapi sebab nak cerita pasal budak2 tu (well, tentang 1 budak sebenarnya Smile).

Sekolah baru aje mula 2 minggu lebih. Tapi 3 hari lepas, anak I yang sulung tu bisik2 bercerita dengan bapak dia. Anak I yang tu memang anak bapak sikit, apa2 aje cerita rahsia, dia akan cerita dengan laki I tu. Mungkin sebab Emak dia ni garang bebeno agaknya, tu yang dia lagi berani cerita dengan Bapak dari Emak, hehehe.

Bapak dia jenis yang dengar cerita sampai habis, pastu fikir masak2, pastu bagi nasihat bernas. Emak dia pulak kadang2 jenis yang dengar cerita baru separuh jalan dah buat tafsiran dia sendiri, pastu mulalah kadang2 hangin aje, hikhikhik…. Memang I pun takut kalau dapat Emak macam tu kan Winking smile.

Anyway, seperti biasa Laki I tu akan ceritakan balik lah ke I (secara rahsia sebab dah berjanji dengan anak dia yang dia takkan bercerita kat I, hikhikhik). Pastu, siap bagi amaran kat I lagi jangan sampai anak sulung tu tau yang I tau.

Eleh, I pandai pegang rahsia lah tak macam awak tu, hahahaha.

Ini yang dia bisik2 kan kat bapak dia…

Ada budak lelaki sama kelas dengan dia ajak dia pergi dating tengok wayang!

Anak I tu terkejut giler bila budak ni ‘tanya dia keluar’ (alih bahasa ke english sendiri lah ye Smile).

Pastu anak I tu tanya lah budak lelaki ni, “ada orang paksa/suruh/dare kamu ke suruh ajak saya keluar?

Dia jawab, “eh tak lah. memang I nak ajak you keluar tengok wayang.

Anak I, “kenapa saya?

Budak lelaki tu jawab, “sebab saya rasa kamu cantik.

Anak I jawab, “saya cantik? betul ke you tak silap orang ni? entah2 budak lain tak yang you nak ajak keluar?

Budak lelaki, “memang betul saya tak silap orang Smile.”

Anak I, “saya kena tanya mak pak saya dulu sama ada diaorang benarkan ke tak.

Ahhhhhhhh…… anak I dah memikat hati orang, muahahahaha

Selepas berdiskusi dengan bapak nya, bapaknya kata, kalau nak pergi tengok wayang beramai2, boleh aje. Tapi kalau nak pergi tengok wayang berdua, tak payahlah. Dan kalau nak keluar dating, tunggu lah bila dah besar masuk uni nanti. Sekarang ni, baru sekolah menengah, tak payah lah susah payah fikir pasal pakwe. Keluar aje ramai2, lagi best. hikhikhik…..

Anak I sebenarnya cuma excited bila budak tu kata pergi tengok wayang aje, bukannya dia nak pergi dengan budak tu. Best weh tengok wayang kat panggung ni Smile. I rasa kalau budak tu bagi dia tiket pastu dia tengok sendiri, lagi dia suka, hahaha.

Pastu, esoknya dia bagi lah jawapan ke budak tu…

Budak lelaki tu tanya, “macam mana? apa Mak Pak you kata?

Anak I, “diaorang kata tak boleh. Tapi, kalau nak pergi ramai2 boleh lah.

Pastu, anak I sambung, “btw, you tau tak yang saya ni belum pun 12 tahun. Bulan April ni baru nak masuk 12.

Budak lelaki tu, “Apa? No way! Saya ingat awak macam kami2 semua, dah 12 atau 13 tahun. Minta maaf banyak2, saya tak tau awak masih belum 12 tahun lagi.

(anak I tu lompat kelas setahun, tu yang budak2 sekelas dia semua sama ada 12 atau 13 tahun, hehehe).

Tapi nasib baik lepas tu, budak lelaki tu tak berperangai malu2 dengan dia and still kawan dengan dia macam biasa.

So, sekarang anak I rasa macam 10 kaki tinggi sebab baru 11 tahun dah ada orang terpikat dengan dia, kehkehkehkehkeh….

Mak Pak dia pulak yang fening lepas ni sebab ada lagi 5 tahun of sekolah menengah.

You all rasa kan, akan ada tak perbincangan diskusi ala2 ini lagi lepas ni?

btw, anak I dah tau yang I tau sekarang ni. Dan I pun tak make a big deal out of it with the hope yang next time, dia akan cerita pulak dengan I Smile.

Psst… I pun dulu masa Tingkatan satu dah mengada2 ada pakwe, kahkahkahkah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: